Udinese Calcio

Udinese Calcio merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Udine, Friuli-Venezia Giulia dan kini bermain di Serie A. Sejak ditubuhkan pada 1896, Udinese merupakan kelab kedua tertua di Itali selepas Genoa.Kit tradisi pasukan ini ialah warna berjalur hitam putih bersama seluar pendek hitam dan stoking putih. Kelab ini juga menyiarkan siaran 110 (Udinese Channel) yang disiarkan di timur laut Itali. Selain itu, ia juga mempunyai populariti peminat tertinggi di Friuli dan kawasan persekitarannya.